Benda pertama yang acu nampak bila masuk office pepagi ni.. dari jauh acu nampak dah silau2 kat atas tray meja kerja acu.. amboi, mengerlip sungguh. Memang cantik sungguh lah envelope tu yang disaluti warna emas, material kertas tu lembut sangat, pernah pegang sofa kulit tak?.. ha mcm tu la licin dan lembut nya. Memang tak ada rasa surface kertas pun.. Confirmed mahal envelope ni.. sesuai untuk bakal2 pengantin nak tempah kad undangan dengan envelope yang mengancam cam ni...

Envelope yang dicop besar perkataan "confirmed".. okay... apa yang confirmed?? hati dah dup dap dah ni.. ditambah pulak kat belakang envelope tu tulis "Prize Award RM250,000".. Lepas tu baru lah.. nampak nama pengirimnya Reader's Digest.. huhu..

 Macam kena april fool lak dibulan disember ni. Sebenarnya acu ada lah jugak melayan RD beberapa kali, pernah lah dapat beberapa buah buku.. dalam kotak besar ok.. mcm teruja lah jugak nak cuba nasib konon boleh dapat lucky draw beratus ratus ribu Ringgit Malaysia. Tapi mula2 je lah free lepas tu dah kena bayar lah pulak.. so, malas dah nak layan. Tapi masih lagi RD hantar form itu ini untuk pancing customer. Tapi kali ni RD hantar envelope yang mahal macam ni memang impress betul lah.. Tapi apa pun acu masih tak berminat.. Sekian Terima Kasih.. :)





Comments (0)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails