Showing posts with label Salam Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Salam Ramadhan. Show all posts

Labels: , ,

Ni boleh dikategorikan ulam utk en.hb. timun dengan cherry-grape tomato. Cecah ngan sambal belacan sure umphh!




 Ni ikan tenggiri..side order dari en.hb. Goreng kunyit dah ok.




Ni sambal belacan resepi ibu mertua ku..Ntah apa lah rasa kalau acu yg buat.. :P




Yang ni, sambal tumis udang petai.. en.hb nyer all time peberet.




Ni pulak sup ekor my resepi.. tiap weken kalau acu rajin, mmg slalu buat. Simple je, en.hb peberet oso..




Jadi, kesimpulan nya, semua menu berbuka peberet en.hb. Ok la tu, bkn selalu dia nak request mcm2. Lagi pun simple nak buat. Ain ngan Suraya pun layan gak menu mcm ni. Diaorg tak byk hal... apa yg acu masak semua ckp sedap..bila acu tanya lah. Ntah nak amik hati ke apa tak tau lah..hehe. Lagi beberapa jam je nak berbuka. Acu sempat lah gi Carefour beli brg utk masak rini. Kalau ada brg yg tak cukup kat dapur tu, mmg putus selera nak masak. Sanggup tapau je kat pasar Ramadhan..

Kalau bab masak acu  tak banyak nak berxperiment.. sbb masa tak ada. Masak masakan yg standard je. Insya'allah ada masa or mood nak masak tgh ada, akan cuba sumethin new kot. Tapi masaalahnya, bila da masak beriya-iya takde respon plak dari en.hb ngan anak2. Sbb acu tgk diaorg ni dah biasa mkn menu yg sama dan yg biasa2 je. Tu yg malas nak masak mcm2 tu. Misal kata air sirap, tu biasa diaorg minum.. bila nak lain skit acu tambah cincau.. huh.. tak nak pun diaorg minum.. pelik betul.











Labels:



Selamat menyambut kedatangan bulan RAMADHAN AL MUBARAK..semoga kedatangan ini memberi seribu keinsafan dan perngertian....zira minta maaf dan ampun dunia akhirat kerana mungkin pernah melukakan hati semua... Blog ini telah lama tak di update, acu bz berbloggin disebelah sana dan juga disamping menyelesai kerja2 seharian. Mmg susah nak bahagi-bahagikan masa, tapi akan sedaya upaya untuk luang kan masa disini. Hari ni hari pertama berpuasa.. pkl 4 dah ready nih.. lepas solat subuh amik masa yg ada ni update blog ni sblm siap2 gi kerja pulak.

Mlm tadi Kak Ain dah sound suh acu kejutkan dia utk sahur... siap dah order milo ais lagi. Excited nak berpose wat pertama kalinya.. Tadi dah kejutkan dia bangun utk sahur, tanya kak nak pose tak dlm dia tgh mai2 still tutup mata lagi, dia angguk...nak milo ais tak?.. dia angguk.. hah! ada respon..sure bangun nyer nih.. dlm2 angguk2 tu..trus lelap balik. Abah nye ckp biarkan je ngantuk sangat kot. Blom ready lagi lah tu... takpe, esok try lagi... Tapi bila dia bangun kejap lagi sure mengamuk nyer sbb tak bangun kan dia sahur. hehe. 

Rini bersahur tak de lah makan yg gempak2 sgt.. goreng drumet ayamas dgn nasik goreng. Cukuplah tu, nak mkn lebih2 pun mmg tak de selera pepagi buta nih. Skrg kene gi blogwalkin member2 kot2 ada yg bermurah hati nak bagi tips menu bersahur utk esok pulak.. : )

Salam sahur semua!
Related Posts with Thumbnails